Perkembangan Terkini Sekolah_Menengah_Sains_Sultan_Mohamad_Jiwa

Dalam tempoh lebih 40 tahun usia penubuhannya, sekolah ini banyak mencatatkan kejayaan dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sekolah ini telah diterajui oleh 9 orang pengetua yang mempunyai stail dan rentak kepimpinan yang menjurus kepada kecemerlangan sebagai gaya hidup dan menetapkan bidang Sains & Matematik sebagai bidang kebitaraan kurikulum manakala permainan Kriket sebagai kebitaraan kokurikulum . Penentuan bidang kebitaraan ini disebabkan faktor persekitaran dan iklim sekolah seperti kelengkapan prasarana, sumber manusia yang begitu komited dan barisan kepimpinan yang dapat mengikat warga sekolah melalui perkongsian visi yang jelas.

Dalam setiap program yang dilaksanakan kemahiran insaniah (soft skill) juga diterapkan bagi memupuk keyakinan dan kewibawaan pelajar, ini terbukti dengan kejayaan pelajar sekolah ini yang berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti program Inovasi Sains, Rekacipta,F1inSchool yang memerlukan kemahiran insaniah yang tinggi. Kecemerlangan sekolah ini juga disokong oleh jalinan dan jaringan antara sekolah dengan pihak sekolah/agensi luar sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kolaborasi dengan pihak luar member peluang kepada perkongsian pintar seperti  kepakaran, idea dan ilmu  telah membantu sekolah ini meningkatkan GPS sekolah pada tahun 2010 dalam peperiksaan PMR dan SPM iaitu terbaik dalam tempoh 5 tahun.Penerusan budaya kecemerlangan  merupakan etos dalam membentuk watak  Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.